Wednesday, December 8, 2010

cikgu je?


ada yang tanya, senang ke jadi cikgu/guru/pendidik?


tak dinafikan pekerjaan guru ini kelihatannya begitu mudah untuk dilaksanakan. aku pun pernah punyai perspektif yang sama sebelum ni. tapi hakikat nya kita tak akan dimengerti sepenuhnya selagi kita sendiri tidak berada di tempatnya.

Mudah untuk mengajar. tapi, adakah semudah itu jgk untuk seorang guru memastikan ilmu yang disampaikan berjaya difahami sepenuhnya? berdepan dengan pelajar yang tidak faham apa yang telah diajar, rasanya seolah-olah kita bercakap bahasa arab di hadapan seorang mexican. tambah menyesakkan perasaan setelah pelbagai pendekatan dah digunakan, reaksi “blur” masih terpampang di hadapan mata. memang rasa macam nak jerit, aiyoo!


Mudah jgk ke nak mendidik seorang pelajar supaya mengenal pencipta dan beramal dengan ajaran-Nya atau sekurang-kurangnya menjadi seorang individu yang berakhlak mulia? persepsi masyarakat, cikgu mesti lah all-well-rounded person. bukan field content saje ye!

percayalah, menjadi guru memang sangat, terlalu dan amatlah mudah kalau anda bercita-cita untuk hanya makan gaji buta. Dalam kata lainnya, mudah untuk menjadi cikgu jika anda memegang prinsip “lantaklah budak tu faham ke tak apa yang aku ajar, janji gaji aku jalan” dan “biarlah sikap dia macam hantu pun, yang penting gaji aku tiap-tiap bulan banked-in”. orang kata, kalau nak kaya, jangan jadi cikgu. and i am 101% agreed.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312)

tapi semua penat lelah mengajar, automatik hilang bila ada student datang and said, 'cikgu, terima kasih ajar kan saya. ini pertama kali saya lulus kimia' sebab itu lah melawan guru, adalah perbuatan menderhaka :) jangan sampai ilmu tak berkat. selain adab dengan ibubapa, ngan guru pun ada adab. dulu cikgu kimia aku kat sekolah, cikgu rozita, selalu baca kan adab2 dengan guru kat dalam kelas. and i was thinking of doing it too! hehe.

and paling tak de manners bila cakap, 'jadi cikgu je?' ahah. kalau org tu lagi bagus tak pe jugak. im graduated from matriculation (even tak de graduation/convocation) with 3.5 above and kalau tak silap, org tu below 3. im not saying im good. but you should not say something like that in a 1st place.

~Teachers are human, we are not perfect. but, when we are able to touch one student's life, it means a lot. if you can change a bad to good.~




No comments: